Walaupun tidak mencapai sasaran meraih sekurang-kurangnya dua pingat emas pada Sukan SEA 2025, prestasi pasukan silat Singapura meletakkan mereka di landasan yang tepat untuk menyerlah pada edisi seterusnya di Malaysia pada 2027, kata ketua jurulatih, Rafili Ramli.
Pasukan itu meraih lima pingat sepanjang temasya ini setelah beraksi dalam 12 kategori – satu emas, dua perak dan dua gangsa – sambil...





