Bagi kebanyakan orang, pasta atau mi asal Italy hanyalah semangkuk spageti atau ravioli yang biasanya dinikmati dengan pelbagai jenis sos dan bahan tambahan.
Namun bagi Cef Muhammad Imran Sani, setiap doh pasta yang dibuat sendiri merupakan seni, yang mengajarnya tentang kesabaran dan ketelitian yang tidak ramai sanggup pelajari.





