Polis menahan dua lelaki warga Singapura selepas terlibat dalam insiden gaduh dan kelakuan tidak senonoh yang bermula di sebuah pusat beli-belah sebelum berlarutan hingga ke Balai Polis Larkin, di sini, pada 21 Disember.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Raub Selamat, berkata kejadian pertama dilaporkan berlaku kira-kira 5.20 petang di aras satu sebuah pasar raya di Johor...





