SEPANG (Selangor): Wanita yang dikatakan menetap dalam kawasan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor, sudah ditahan polis dan disahkan warga tempatan yang mempunyai kad masalah kesihatan mental.
Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah, berkata pihaknya telah menahan wanita berusia 40-an tahun itu selepas berlaku kekecohan di terminal berkenaan pada 18 Disember lalu.





