Sepanjang 2025, Kaki Makan telah menyajikan landskap makanan dan minuman (F&B) Singapura yang pelbagai – berkembang dengan identiti yang semakin berani, unik dan menarik.
Daripada pusat penjaja tradisional, resipi turun temurun, hingga ke kafe moden, ramai peniaga tempatan membuktikan makanan bukan sekadar soal rasa yang enak, tetapi juga cerita di sebaliknya serta pengorbanan mereka demi berkongsi cinta mereka terhadap makanan...





