Bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, didapati bersalah atas 25 pertuduhan yang membabitkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion ($727 juta).
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang di Istana Kehakiman, Putrajaya, pada 26 Disember, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion ($3.61 bilion) selepas memutuskan bekas Presiden Umno itu bersalah bagi semua tuduhan...





