Bilangan kes denggi di Singapura berada pada tahap terendah dalam tempoh tujuh tahun, dengan kira-kira 4,000 kes direkodkan setakat ini pada 2025, menurut data daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Terdapat 3,990 kes denggi yang dilaporkan di Singapura setakat 26 Disember, penurunan lebih 70 peratus berbanding 13,651 kes pada 2024.





