Kesemua 900 tempat bagi musim haji 2026 telah berjaya diperuntukkan kepada pemohon layak yang telah mendapatkan sijil kesihatan yang diperlukan, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan pada 29 Disember.
Daripada 900 tempat itu, 12 peratus diperuntukkan bagi pemohon warga senja berusia 70 tahun dan ke atas yang layak di bawah kuota bagi musim haji akan datang itu...





