Setiap isi rumah rakyat Singapura akan menerima baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $300 mulai 2 Januari, yang sah digunakan sehingga 31 Disember 2026, umum Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.
Beliau berkata demikian semasa pelancaran pemberian baucar CDC terkini di kelab masyarakat Punggol 21 pada 2 Januari.





