Selama 15 tahun lamanya, Pengarah Urusan, syarikat logistik Pos TKI, Encik Mohamed Anwar Tahar, menyimpan hasrat membuka dewan besar bagi acara majlis kahwin atau ‘ballroom’ demi memenuhi permintaan bakal mempelai dan ibu bapa mereka.
Akhirnya, impian Encik Anwar, 60 tahun, yang turut mengendalikan agensi pelancongan, Pos TKI Travel, menjadi kenyataan dengan tersergam indah Wardah Ballroom, yang terletak di 28 Stevens...





