KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah Johor menunjukkan tanda-tanda lonjakan awal apabila aset komersial dan kediaman bertingkat tinggi berhampiran jajaran Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor–Singapura mula mencatat kenaikan nilai meskipun projek mega itu hanya dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2026.
Fenomena itu mencerminkan peralihan sentimen pasaran yang lebih awal daripada jangkaan, didorong unjuran peningkatan aliran rentas sempadan, mobiliti tenaga kerja...





