Dengan baki maksimum 22 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), Umno diingatkan supaya lebih agresif dalam mempertahankan parti dan menyerang lawan politik, khususnya di medan komunikasi digital, bagi memastikan kelangsungan parti dalam landskap politik semasa.
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata masa semakin suntuk buat parti itu, sekali gus menuntut perubahan segera dalam cara Umno berkomunikasi...





