Kajian Majlis Seni Kebangsaan (NAC) mengklasifikasikan warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) kepada 12 jenis pelanggan seni berdasarkan tahap minat dan penglibatan mereka dalam kegiatan seni dan budaya.
Kajian itu menunjukkan bahawa 1.3 peratus daripada pelanggan seni tergolong dalam kategori peminat arif menilai atau ‘discerning connoisseurs’, iaitu golongan yang menilai seni dengan pengetahuan mendalam dan ketelitian tinggi; manakala 13 peratus...





