MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi melancarkan kempen kesedaran baru bertajuk “Datang Menunaikan Umrah?” bagi meningkatkan kefahaman jemaah terhadap perkhidmatan, garis panduan serta adab sepanjang ibadah Umrah, khususnya menjelang musim kemuncak Ramadan.
Kempen yang dikendalikan oleh Kementerian Haji dan Umrah itu bertujuan memperkayakan pengalaman jemaah serta meningkatkan mutu perkhidmatan, selari dengan sasaran Wawasan Saudi 2030 yang memberi penekanan kepada kecemerlangan operasi dan...





