Penubuhan komputer kuantum di Singapura mengukuhkan peranan negara ini sebagai hab prasarana kuantum, di tengah persaingan sedunia yang semakin sengit untuk membangunkan aplikasi dunia sebenar, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo.
Pada 26 Januari, semasa perasmian komputer kuantum milik syarikat pemula, Horizon Quantum, di Singapura, Cik Teo berkata pelaburan Singapura dalam penyelidikan teknologi kuantum bergantung pada ekosistem...





