Josephine: S’pura manfaat komputer kuantum untuk pembangunan aplikasi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Josephine: S’pura manfaat komputer kuantum untuk pembangunan aplikasi

Sejak 2002, S’pura telah labur $700j dalam penyelidikan teknologi kuantum
Jan 27, 2026 | 3:23 PM

Josephine: S’pura manfaat komputer kuantum untuk pembangunan aplikasi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Josephine, komputer kuantum, ekonomi, pembangunan aplikasi
Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo (dua dari kiri), meninjau komputer kuantum baru, Horizon Quantum, pada 26 Januari, bersama pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Encik Joe Fitzsimons (kiri). - Foto ST

Penubuhan komputer kuantum di Singapura mengukuhkan peranan negara ini sebagai hab prasarana kuantum, di tengah persaingan sedunia yang semakin sengit untuk membangunkan aplikasi dunia sebenar, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo.

Pada 26 Januari, semasa perasmian komputer kuantum milik syarikat pemula, Horizon Quantum, di Singapura, Cik Teo berkata pelaburan Singapura dalam penyelidikan teknologi kuantum bergantung pada ekosistem yang lengkap dan kukuh di dalam negara.

Sejak 2002, Singapura telah melaburkan sebanyak $700 juta dalam penyelidikan teknologi kuantum, termasuk tambahan pelaburan terbaru bernilai $300 juta pada 2024.

Sebuah hab pengkomputeran kuantum negara yang menempatkan komputer kuantum pertama Singapura bagi tujuan penyelidikan, turut meneroka aplikasi dalam sektor seperti kewangan, penemuan ubat-ubatan dan logistik.

Namun, Cik Teo menegaskan usaha peringkat nasional sahaja tidak mencukupi.

“Program nasional kita tidak dapat melaksanakan sepenuhnya potensi pengkomputeran kuantum secara bersendirian, sebaliknya memerlukan ekosistem industri, perusahaan, pelabur serta syarikat pemula yang sihat,” katanya.

Horizon Quantum merupakan syarikat pertama melancarkan komputer kuantum komersial untuk disewa, seterusnya menyokong pembangunan aplikasi kuantum bernilai tinggi di Singapura.

Sistem baru seberat dua tan itu ditempatkan di ibu pejabat syarikat berusia lapan tahun itu di One-North.

Komputer kuantum mampu menilai sejumlah besar kemungkinan untuk mengenal pasti penyelesaian dalam beberapa jam, berbanding komputer biasa atau tradisional yang memerlukan ratusan atau ribuan tahun.

Teknologi ini dijangka membawa kepada penemuan baru dalam bidang perubatan, sains bahan dan kecerdasan buatan (AI).

Horizon Quantum diasaskan pada 2018 oleh Dr Joe Fitzsimons, mantan Profesor Madya di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) serta penyelidik utama di Pusat Teknologi Kuantum (CQT).

Komputer bernilai AS$2.3 juta ($3 juta) itu menggunakan sembilan kubit superkonduktor yang disejukkan ke suhu kira-kira di bawah paras 270 darjah Celsius menggunakan peti sejuk khas ‘Maybell Big Fridge’, dengan keseluruhan sistem merangkumi sekitar empat rak bersaiz almari.

Sistem ini menggunakan sembilan kubit superkonduktor. Apabila bilangan kubit meningkat, kuasa pengkomputeran kuantum turut meningkat dengan ketara.

Dr Fitzsimons berkata memiliki dan menggunakan sistem sendiri membolehkan pembangunan aplikasi kuantum dunia sebenar dipercepat, termasuk simulasi Monte Carlo dalam sektor kewangan.

Beliau turut menyifatkan penubuhan CQT di Singapura pada 2007 sebagai langkah berwawasan yang jarang diambil negara lain.

Daripada pasukan Horizon Quantum seramai 45 orang, 13 saintis kuantum berasal daripada CQT dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Cik Teo menyifatkan ini sebagai bukti kekuatan bakat kuantum tempatan dan antarabangsa, sambil menegaskan komitmen pemerintah untuk terus membangunkan kumpulan bakat tersebut.

Singapura juga merancang menubuhkan sebuah lagi komputer kuantum pada 2026 melalui kerjasama antara Pejabat Kuantum Nasional (NQO) dan syarikat, Quantinuum, yang turut membuka pusat penyelidikan dan operasi di One-North.

Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat itu bercadang menggaji jurutera, pakar perisian dan penyelidik bagi menyokong pelanggan tempatan, tanpa mendedahkan jumlahnya.

Dalam satu forum di Davos, Switzerland, Cik Teo berkata pengkomputeran kuantum berpotensi meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan.

“Jika kita dapat menggunakannya untuk meningkatkan kecekapan pengendalian pelabuhan, ia akan membantu Singapura kekal berdaya saing dan relevan sebagai hab maritim,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg