Pengeluar teksi udara yang berpangkalan di Britain, Vertical Aerospace (Vertical), mengumumkan pada 4 Februari ia telah menerima geran dari Singapura untuk menjalankan penyelidikan penggunaan teksi udara Valo bagi tujuan perubatan kecemasan di sini.
Geran bernilai $100,000 itu dianugerahkan oleh Hatch, sebuah pusat inovasi keselamatan awam di bawah Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX), yang merupakan lembaga berkanun di bawah...





