Semua murid Darjah 4 dan Darjah 5 di sekolah rendah, berserta kanak-kanak prasekolah K1 dan K2, menerima pelan kesihatan peribadi bermula Januari.
Semua murid Darjah 4 dan Darjah 5 di sekolah rendah, berserta kanak-kanak prasekolah K1 dan K2, menerima pelan kesihatan peribadi bermula Januari.
PARIS: Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, berikrar pada 21 Oktober untuk menghalang pengulangan keganasan hujung minggu lalu menjelang tunjuk perasaan yang dirancang dalam masa beberapa hari akan datang, selain membidas kenyataan sesetengah pemimpin luar berhubung pergolakan itu sebagai ‘bodoh’ dan ‘tidak boleh diterima’.
Kesatuan pelajar utama Perancis, UNEF, telah menyeru agar perhimpunan lanjut diadakan pada 24 Oktober, manakala kumpulan Yellow...
Organisasi di Singapura harus bertindak segera bagi menangani kerentanan kritikal dalam PHP, sebuah bahasa pengaturcaraan yang menggerakkan sebahagian besar internet, kata Pesuruhjaya Keselamatan Siber Singapura, Cik Gwenda Fong, pada 22 Oktober.
Kenyataan beliau menerusi platform LinkedIn itu menyusuli amaran daripada agensi-agensi keselamatan siber di seluruh dunia mengenai dua kerentanan kritikal yang ditemukan dalam PHP pada 21 Oktober.
Pada tahun pertama Fai (bukan nama sebenar) berada dalam penjara, dia mendapati anak perempuannya telah ‘hilang arah’ kerana tiada sosok ayah di sisi anaknya.
Malah, dek darah muda, anaknya itu mula terjebak dalam tabiat buruk di samping pelajarannya yang kian merosot.
PARIS: Perancis melaporkan kes jangkitan virus Shamonda pertama dalam kalangan manusia pada 22 Oktober.
Penyakit yang biasanya ditemui pada haiwan ternakan itu melibatkan seorang pesakit yang kemudiannya meninggal dunia.
JAKARTA: Indonesia mungkin menghentikan eksport tenaga ke negara yang “tidak menghormatinya”, kata seorang menteri kanan pada 22 Oktober, sehari selepas memberi bayangan bahawa Jakarta mungkin tidak akan memperbaharui semula kontrak eksport gas dengan negara jiran.
Kenyataan itu menyusul selepas Presiden Prabowo Subianto menyeru Indonesia supaya melindungi sumber semula jadinya dan mengutamakan kepentingan negara.





