Pelawak sekali gus anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet, 57 tahun, baru-baru ini memohon maaf secara terbuka kepada pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, 42 tahun, kerana keterlanjuran kata-kata ketika sesi siaran langsung di laman TikTok.
Lan, atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, didakwa oleh netizen memberi jawapan berbaur ‘double meaning’ atau makna tersurat dan tersirat, ketika peminat bertanya mengenai perancangan perkahwinan baru...





