Lan Pet Pet temui Fazura, minta maaf atas komen yang dianggap ‘lucah’ di TikTok

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lan Pet Pet temui Fazura, minta maaf atas komen yang dianggap ‘lucah’ di TikTok

Fazura menerima permohonan maaf Lan Pet Pet dengan hati terbuka
Feb 10, 2026 | 3:10 PM

Lan Pet Pet temui Fazura, minta maaf atas komen yang dianggap ‘lucah’ di TikTok

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
lan petpet, fazura, tiktok, lucah, netizen, jakel
Pelawak veteran, Lan Pet Pet, mencetuskan rasa kurang selesa dalam kalangan netizen selepas secara tidak sengaja melontarkan komen berbaur lucah mengenai jodoh Fazura ketika sesi siaran langsung di TikTok. - Foto HARIAN METRO/INSTAGRAM FAZURA

Pelawak sekali gus anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet, 57 tahun, baru-baru ini memohon maaf secara terbuka kepada pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, 42 tahun, kerana keterlanjuran kata-kata ketika sesi siaran langsung di laman TikTok.

Lan, atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, didakwa oleh netizen memberi jawapan berbaur ‘double meaning’ atau makna tersurat dan tersirat, ketika peminat bertanya mengenai perancangan perkahwinan baru Fazura.

Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, Lan tertarik dengan soalan berkaitan jodoh Fazura sehingga mendorongnya membuat komen yang tidak sensitif.

“Hampa tunggu sat...bagi dia ‘kering’ dulu.

“Baru dua tahun (bercerai)...bagi masuk tiga tahun, bagi dia ketat sikit,” kata Lan dalam sesi ‘live’ terbabit.

Perkara itu menyebabkan Lan dikecam segelintir netizen dengan menyifatkannya tidak sensitif terhadap jawapan diberikan terhadap Fazura, walaupun mungkin ia sekadar untuk berlawak dan menghiburkan.

“Kepada Fazura, saya memohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki jika dalam tak sedar dan ‘duk’ (ketika) berlawak, ada benda yang menyentuh hati dan perasaan Fazura.

“Dan kepada semua peminat Fazura dan Senario, saya langsung tak ada niat apa-apa pun.

“Demi nama Allah, saya ini manusia biasa. Sekali lagi saya minta maaf.

“Saya terlepas cakap dan suasana masa itu, saya pun tak sedar,” katanya pada hantaran video permohonan maaf yang dibuat di laman Instagram, lapor Harian Metro.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, kebanyakan netizen mengingatkan agar Lan lebih berhati-hati serta menggunakan perkataan yang sesuai ketika berlawak.

“Alhamdulillah, semoga ia menjadi pengajaran untuk kita semua.

“Semoga tiada lagi lawak-lawak seperti ini untuk dijadikan tontonan,” komen salah seorang netizen.

Ada juga dalam kalangan peminat Fazura yang meyakinkan Lan mengenai keterbukaan hati pelakon filem Pisau Cukur itu untuk memaafkan kesalahannya yang di luar batas itu.

“Insya-Allah, saya pasti Fazura pun dah maafkan.

“Hatinya lembut. Sebab itu, kami sebagai peminatnya sangat sayang padanya dan akan terus melindunginya,” tulis peminat Fazura itu.

Tidak cukup itu, Lan turut berjumpa secara empat mata dengan Fazura ketika menghadiri sesi penggambaran iklan jenama Jakel, pada 9 Februari.

Bagaimanapun, Fazura menerima permohonan maaf tersebut dengan hati terbuka dan memaklumkan dirinya sudah memaafkan Lan secara ikhlas, selain mahu terus bekerja dalam suasana harmoni.

“Tak payah hujung rambut sampai hujung kaki, saya okey saja.

“Tak apalah, sama-sama belajar daripada kesilapan.

“Saya pun ada silap juga. Apa pun, yang penting kita bekerja dalam suasana harmoni.

“Okey, kosong-kosong, ikhlas daripada hati,” kata Fazura di ambang bulan mulia, Ramadan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg