Lebihan hartanah tidak terjual di Johor terus menyusut, isyarat kemajuan positif sektor perumahan negeri itu yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi dan kemasukan pelaburan baru.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, mendedahkan kira-kira 20 projek perumahan baru sedang rancak dibina dan dijangka siap menjelang akhir 2026 dan 2027, terutama di kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura...





