SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, dipercayai sedang mengukuhkan kedudukan anak perempuannya sebagai pewaris rasmi menjelang persidangan penting Parti Pekerja Korea bulan ini, menurut pendedahan agensi perisikan Korea Selatan kepada Parlimen pada Rabu, 11 Februari.
Menurut Ahli Parlimen Encik Lee Seong-kweun, yang menghadiri taklimat tertutup bersama Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan (NIS), anak perempuan Kim yang dikenali sebagai...





