Seorang lelaki yang didakwa menyerang seorang wanita yang dikenali dengan kapak di sebuah kediaman Sims View telah dikenakan satu pertuduhan cubaan membunuh pada 13 Februari.
Panneer Selvam Ayyappan, 30 tahun, dituduh menyerang Cik Fajar Nur Aini, juga 30 tahun, dengan mengelar kepala, leher dan lengan wanita itu pada 11 Februari.





