Serang wanita di Sims View: Lelaki didakwa dengan cubaan bunuh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serang wanita di Sims View: Lelaki didakwa dengan cubaan bunuh

Feb 13, 2026 | 4:07 PM

Serang wanita di Sims View: Lelaki didakwa dengan cubaan bunuh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, attack, serangan, kapak, axe, Sims View, cubaan bunuh, attempted murder
Serangan itu berlaku pada 11 Februari di sebuah rumah berhalaman di Sims View. - Foto SHIN MIN DAILY NEWS

Seorang lelaki yang didakwa menyerang seorang wanita yang dikenali dengan kapak di sebuah kediaman Sims View telah dikenakan satu pertuduhan cubaan membunuh pada 13 Februari.

Panneer Selvam Ayyappan, 30 tahun, dituduh menyerang Cik Fajar Nur Aini, juga 30 tahun, dengan mengelar kepala, leher dan lengan wanita itu pada 11 Februari.

Mangsa mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. 

Dokumen mahkamah tidak menyatakan sebab-sebab di sebalik tindakan yang didakwa dilakukan oleh Panneer.

Serangan itu berlaku sekitar 7.05 pagi di sebuah rumah berhalaman.

Pendakwa polis memohon agar Panneer ditahan reman selama seminggu bagi membolehkan polis menyelesaikan siasatan. Kesnya akan disebut semula pada 20 Februari.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan seumur hidup, atau dikenakan penjara sehingga 20 tahun bersama denda dan sebatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg