Cuaca hujan tidak sedikit pun menghampakan semangat dan keriangan lebih 1,000 hadirin yang tiba seawal 5 petang untuk menyaksikan acara pelancaran Penyalaan Lampu Hari Raya 2026 di Geylang Serai pada 14 Februari.
Malah, keghairahan menyambut Ramadan dan Lebaran jelas terasa di sekitar kawasan Wisma Geylang Serai, lebih-lebih lagi apabila hiasan lampu Hari Raya sepanjang 2.6 kilometer dinyalakan pada sekitar 8.10...





