Umno mengajak ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor kembali menyertai parti itu susulan pembubaran beberapa bahagiannya di negeri itu, yang disifatkan sebagai pengajaran penting mengenai keperluan kesatuan politik orang Melayu.
Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar, berkata pembubaran 11 bahagian Bersatu, termasuk Bahagian Johor Bahru, membuktikan kekuatan politik tidak boleh dibina atas perpecahan, sebaliknya memerlukan kestabilan dan...





