Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah menganugerahkan dua kontrak kerja awam untuk lanjutan Laluan Downtown 2 (DTL2e), dengan kontrak bernilai sekitar $735 juta.
Dalam kenyataan pada 19 Februari, LTA menyatakan kontrak pertama, bagi reka bentuk dan pembinaan stesen bawah tanah DE1, di sepanjang Sungei Kadut Avenue, telah dimenangi oleh syarikat Woh Hup Engineering Pte Ltd dengan nilai sekitar $285 juta.





