RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggesa semua jemaah umrah, terutamanya mereka yang merancang untuk menunaikan ibadah tersebut pada bulan Ramadan supaya mendapatkan suntikan vaksin meningitis sekurang-kurangnya 10 hari sebelum memulakan perjalanan.
Dalam satu kenyataan di akaun platform rasmi X, kementerian tersebut menekankan bahawa persekitaran yang sesak meningkatkan risiko penularan penyakit berjangkit, terutamanya penyakit meningitis.





