RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi melaksanakan langkah kawalan trafik dan pengurusan orang ramai secara menyeluruh sepanjang Ramadan susulan peningkatan mendadak jumlah jemaah umrah di Masjidil Haram, Makkah. Tumpuan diberikan kepada keselamatan pejalan kaki serta kelancaran pergerakan jemaah, khususnya beberapa jam sebelum, semasa dan selepas waktu solat.
Pegawai keselamatan memaklumkan bahawa jumlah pengunjung di Masjidil Haram, dataran sekeliling dan laluan masuk...





