RIYADH: Hampir 20 negara tampil mengutuk langkah Israel mengetatkan kawalannya ke atas Tebing Barat yang didudukinya, menyifatkan ia sebagai percubaan untuk menakluki wilayah tersebut dan melemahkan kenegaraan Palestin.
Israel telah meluluskan beberapa inisiatif pada Februari yang disokong oleh menteri sayap kanan, termasuk melancarkan proses pendaftaran tanah di Tebing Barat sebagai “hartanah negara” dan membenarkan rakyat Israel membeli tanah di sana...





