JOHOR BAHRU: Polis mengesan 12 akaun media sosial dan laman web yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk meniru wajah dan suara ahli Exco Johor bagi tujuan penipuan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata satu laporan dibuat pada 20 Februari lalu oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Cik Khairin-Nisa Ismail.





