Sekitar 50 anggota kumpulan penunggang motosikal atau ‘bikers’ daripada dua kumpulan – Kerengga dan Seroja Legend – berganding bahu bersama Persatuan Muhammadiyah untuk mengagihkan 500 peket bubur ayam Ramadan dan botol air mineral di reruai pertubuhan tersebut di Bazar Geylang Serai pada 22 Februari.
Usaha tersebut merupakan kerjasama antara Persatuan Muhammadiyah dan kumpulan penunggang motosikal berkenaan.





