Ratusan video YouTube berbahasa Cina yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) didapati menyasar Singapura dan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam kempen maklumat palsu yang masih berterusan.
Demikian menurut penemuan Channel News Asia (CNA).
Tujuh daripada setiap 10 video secara khusus menyerang Encik Wong, mereka-reka naratif bahawa kedudukan kepimpinannya terancam dan menyebarkan maklumat tidak benar mengenai perpecahan politik di Singapura.




