Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baru dilantik, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mungkin memenuhi kriteria sebagai pemimpin profesional yang mampu meningkatkan sokongan golongan bukan Melayu terhadap blok politik itu.
Namun, Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang mendapat restu melepasi dua jawatan tertinggi dalam PAS untuk menggalas peranan Pengerusi PN itu dijangka berdepan cabaran besar dalam memimpin gabungan pembangkang...





