Di sebalik peningkatan kes jangkitan batuk kering (TB) di Malaysia, bazar Ramadan yang menjadi antara pusat tumpuan ramai ketika ini masih sesak dipenuhi pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa.
Walaupun jumlah kes TB di Malaysia kini dilaporkan meningkat kepada lebih 3,100 kes setakat ini, kesedaran orang awam untuk mengambil langkah berjaga-jaga, antaranya dengan memakai pelitup muka, dilihat masih rendah.





