Pemilik Utopia Apparels dan penyewa unit rumah kedai yang terletak di 59 Arab Street, Cik Sherry See, telah mengecat semula dinding di permukaan depan dinding rumah kedai itu.
Ini selepas Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) meminta agar mural batik yang dilukis oleh pelukis tempatan, @muselaluna, di permukaan depan rumah kedai itu dipadamkan sebelum 26 Februari kerana tidak mengikut garis panduan...





