Walaupun Singapura menyediakan ruang bagi rakyatnya untuk menyuarakan pelbagai pandangan tentang perkembangan antarabangsa, kepelbagaian itu tidak dibiarkan menjadi punca perpecahan, ujar Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.
Sebaliknya, rakyat Singapura telah menunjukkan keupayaan untuk bersatu dan memperkukuhkan kesepakatan dalam isu-isu nasional demi memastikan yang terbaik untuk negara.





