Kepentingan negara, perpaduan teras S’pura hadapi dunia bergolak, kata Zhulkarnain

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kepentingan negara, perpaduan teras S’pura hadapi dunia bergolak, kata Zhulkarnain

Feb 27, 2026 | 6:41 PM

Kepentingan negara, perpaduan teras S’pura hadapi dunia bergolak, kata Zhulkarnain

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
COS, perpaduan, S’pura hadapi dunia bergolak, Zhulkarnain
Sumbangan Singapura dan rakyatnya terhadap krisis kemanusiaan di serata dunia, termasuk bagi orang awam di Gaza, mencerminkan nilainya sebagai sebuah masyarakat yang mengutamakan semangat ‘kita dahulu’. - Foto fail

Walaupun Singapura menyediakan ruang bagi rakyatnya untuk menyuarakan pelbagai pandangan tentang perkembangan antarabangsa, kepelbagaian itu tidak dibiarkan menjadi punca perpecahan, ujar Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Sebaliknya, rakyat Singapura telah menunjukkan keupayaan untuk bersatu dan memperkukuhkan kesepakatan dalam isu-isu nasional demi memastikan yang terbaik untuk negara.

Ini terbukti menerusi sumbangan Singapura dan rakyatnya terhadap krisis kemanusiaan di serata dunia yang mencerminkan nilai masyarakat yang mengutamakan semangat ‘kita dahulu’.

“Semangat memberi ini tidak terhad kepada Gaza sahaja. Apabila Asia Tenggara dan Asia Selatan dilanda bencana alam tahun lalu, rakyat Singapura turut tampil membantu dan menyokong usaha pengumpulan dana oleh badan Palang Merah Singapura serta badan-badan kebajikan lain.

“Semangat kekitaan akan menjadi lebih penting pada masa hadapan.

“Ada kalanya kita perlu mengambil pendirian dasar luar negara yang mungkin tidak seiring dengan pandangan kuasa besar atau negara lain.

“Walaupun ini merupakan keputusan yang sukar, kita harus melakukannya demi kepentingan negara kita,” ujar Encik Zhulkarnain.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Kementerian Ehwal Luar (MFA) di Parlimen pada 27 Februari.

Setakat ini, Singapura telah menyalurkan 11 pusingan bantuan dan sumbangan kewangan ke Gaza, berjumlah lebih $25 juta.

Singapura turut terus memperkasa usaha pembangunan modal insan melalui Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (Etap) bernilai $10 juta untuk Penguasa Palestin sebagai persediaan bagi pembentukan negara mereka kelak.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa kejayaan Singapura berkait rapat dengan rantau ini dan negara jiran.

Justeru, Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei untuk meningkatkan kerjasama dua hala dan memperdalam integrasi serantau termasuk di peringkat negeri, wilayah dan juga bandar.

Encik Zhulkarnain menarik perhatian pada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (Johor-SEZ), Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura dan pembukaan konsulat baru di Sarawak dan Sabah sebagai antara cara Singapura akan terus bekerjasama dengan Malaysia.

Bagi mengukuhkan kerjasama saling menguntungkan dengan Indonesia, Singapura sedang meneroka projek seperti perdagangan elektrik rentas sempadan, penangkapan dan penyimpanan karbon, serta pembangunan zon perindustrian mampan di Kepulauan Riau.

Hubungan istimewa antara Singapura dengan Brunei juga tidak dipandang remeh, malah harus dibawa ke tahap yang lebih tinggi, kata Encik Zhulkarnain.

Di pentas serantau, beliau berkata Singapura kekal komited sepenuhnya kepada Asean, dan bersedia menyokong Filipina selaku Pengerusi Asean 2026.

Pada masa yang sama, pendekatan Keseluruhan Pemerintah (WOG) diguna pakai dalam mendekati rantau pesat membangun seperti Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika, Asia Tengah, Asia Selatan dan Kepulauan Pasifik.

Dengan itu, Encik Zhulkarnain berkata Singapura berupaya mencorakkan masa hadapannya meskipun berhadapan gelora dunia.

“Kita perlu memahami kepentingan negara, kekal bersatu dan memanfaatkan kekuatan sedia ada.

“Dengan itu, kita dapat merebut peluang baru, memastikan kedudukan kita dalam dunia yang berubah, serta membina ekonomi berdaya tahan yang terus menyediakan pekerjaan dan peluang kepada rakyat Singapura,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg