Jiwa seni tari seorang belia, Fatih Hamdani Muhammad Effendy, begitu menebal sehingga beliau mengusahakan ‘Project Permata’ pada 2024.
Menerusi projek itu, beliau mengendalikan bengkel tarian Melayu, mencipta koreografi dan menganjurkan kegiatan budaya untuk murid sekolah rendah.





