Sumbangan pekerja migran melangkaui sekadar pembangunan fizikal negara, malah mereka merupakan rakan masyarakat yang aktif menabur bakti dan mengukuhkan ikatan kemanusiaan di Singapura.
Demikian disuarakan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi, semasa berucap di majlis berbuka puasa bersama pekerja migran Bangladesh pada 1 Mac.





