Syed Harun puji sumbangan, semangat pekerja migran di S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syed Harun puji sumbangan, semangat pekerja migran di S’pura

Turut serlah peranan mereka sebagai tetamu yang dihormati, sebahagian besar masyarakat.
Mar 2, 2026 | 12:07 PM

Syed Harun puji sumbangan, semangat pekerja migran di S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi (tiga dari kanan) berbuka puasa dengan Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Cai Yinzhou (tiga dari kiri), mantan timbalan mufti Singapura, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan (kiri) serta wakil pemimpin masyarakat dan agensi pemerintah pada 1 Mac.
Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi (tiga dari kanan) berbuka puasa dengan Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Cai Yinzhou (tiga dari kiri), mantan timbalan mufti Singapura, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan (kiri) serta wakil pemimpin masyarakat dan agensi pemerintah pada 1 Mac. - Foto BH oleh KHALID BABA

Sumbangan pekerja migran melangkaui sekadar pembangunan fizikal negara; malah mereka adalah rakan masyarakat yang aktif menabur bakti dan mengukuhkan ikatan kemanusiaan di Singapura.

Demikian disuarakan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi semasa berucap di majlis berbuka puasa bersama pekerja migran Bangladesh pada 1 Mac.

Berucap kepada sekitar 400 pekerja migran dan tetamu, beliau menyifatkan golongan tersebut sebagai “tetamu yang dihormati” dan sebahagian daripada kisah kejayaan Singapura sejak tahun-tahun awal pembinaan negara.

“Anda telah menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan Singapura sejak tahun-tahun formatif awal pembinaan negara kita, dan ia terus kekal sedemikian.

“Anda sememangnya tetamu kami yang dihormati dan sebahagian besar daripada masyarakat kami,” kata Dr Syed Harun.

Majlis tersebut turut dihadiri Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Cai Yinzhou, AP GRC West Coast-Jurong West, Dr Hamid Razak, serta mantan timbalan mufti Singapura, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.

Turut hadir adalah wakil kanan dari Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Penglibatan (ACE) Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Masjid Bencoolen, Liga Muslim Kadayanallur Singapura (SKML), dan badan-badan India/Muslim (IMO) lain.

Semasa ucapannya di majlis berbuka puasa yang diadakan di Foo Chow Building di Tyrwhitt Road itu, Dr Syed Harun menyorot keunikan Ramadan di Singapura yang merapatkan hubungan tanpa mengira etnik, agama mahupun kerakyatan.

Di Singapura, katanya, rakyat beruntung dapat menikmati Ramadan sebagai bulan penyatuan, tempat semua pihak berkumpul untuk berbuka puasa, mendirikan solat Tarawih, dan menyumbang bakti.

Beliau turut menekankan kepentingan memelihara semangat kemasyarakatan ini, sambil mengingatkan bahawa keharmonian yang dinikmati tidak seharusnya diambil mudah, terutamanya dengan pelbagai peristiwa global yang berlaku.

“Kita mesti bekerja keras untuk memelihara dan melindungi rasa kekitaan yang kukuh ini yang kita miliki di Singapura,” katanya.

Selain sumbangan di tempat kerja, Dr Syed Harun turut memuji penglibatan aktif pekerja migran dalam kegiatan masjid dan kempen kesedaran sosial.

Beliau mengiktiraf kehadiran mereka sebagai sukarelawan di masjid-masjid terutamanya dalam pengagihan iftar serta pelaksanaan solat tarawih dan qiyamullail.

Pekerja migran juga telah menjadi duta dalam mengukuhkan mesej masyarakat, termasuk bekerjasama dengan kumpulan seperti ‘Dadah Itu Haram’ untuk menyebarkan kesedaran tentang bahaya dadah dalam kalangan rakan sekerja, tambahnya.

Malah, Dr Syed Harun turut memuji penglibatan mereka dalam usaha mengumpul dana untuk Gaza di bawah inisiatif Humanity Matters pada Disember 2025, yang menunjukkan semangat khidmat demi kepentingan orang lain.

“Kami melihat usaha dan tindakan anda yang tidak mementingkan diri sendiri dalam masyarakat kami, walaupun anda mungkin berada jauh dari rumah dan negara anda sendiri.

“Pasti sukar untuk berjauhan dengan keluarga dan orang yang dikenali selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun, sambil mencari tempat tinggal di sini dan menganggap Singapura sebagai rumah kedua anda.

“Dalam pada itu, dari lubuk hati saya, saya mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudara yang dikasihi,” kata Dr Syed Harun.

Dr Muntasir Mannan Choudhury, Pengasas Bersama inisiatif The Wandering Dervishes, berkata acara itu telah dianjurkan oleh pekerja migran sendiri untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada pemimpin negara, agensi, rakan-rakan dan pemimpin masyarakat yang telah banyak menyokong perjalanan mereka.

“Kumpulan kami, Wandering Dervishes, telah menyokong mereka, tetapi keseluruhan proses untuk menjalankan dan menyesuaikan acara ini adalah hasil usaha mereka sendiri, menunjukkan keupayaan penganjuran, produktiviti dan rasa hormat mereka terhadap diri mereka sendiri dan Singapura.

“Saya percaya ini adalah cara mereka untuk menyumbang kembali dan mengucapkan terima kasih, dan kami percaya bahawa ini akan diterima secara positif oleh masyarakat yang lebih luas,” kata Dr Muntasir.

Pembiayaan bagi pembelanjaan majlis berbuka puasa itu, kata Dr Muntasir, telah disumbang secara ikhlas oleh ahli perniagaan Bangladesh, pekerja migran, serta sumbangan daripada pengasas Wandering Dervishes, Masjid Bencoolen dan inisiatif ‘Dadah Itu Haram’.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg