Setelah lebih setahun bermastautin di Belanda bersama suami dan dua anak lelakinya, Cik Nuraida Daud, teruja dapat pulang sementara ke Singapura untuk bertemu keluarga dan sahabat handai.
Namun, kepulangannya kali ini bertukar cemas, apabila penerbangan pulang ke Belanda dibatalkan susulan ketegangan yang memuncak di Timur Tengah.





