Bekas pelakon, Edmund Chen, telah diberi kebenaran meninggalkan Singapura sementara menunggu tarikh rayuan terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya berhubung satu kemalangan jalan raya.
Hakim Daerah Shawn Ho telah meluluskan permohonan Chen untuk pergi ke China bagi urusan perniagaan dari 17 hingga 26 Mac, dan ke Jepun untuk perjalanan peribadi, antara 15 April dengan 3 Mei.





