Bekas pelakon Edmund Chen dibenarkan ke luar negara sementara tunggu tarikh rayuan hukuman penjara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pelakon Edmund Chen dibenarkan ke luar negara sementara tunggu tarikh rayuan hukuman penjara

Mar 4, 2026 | 4:36 PM

Bekas pelakon Edmund Chen dibenarkan ke luar negara sementara tunggu tarikh rayuan hukuman penjara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
edmund chen, hukuman penjara
Edmund Chen bercakap dengan media di luar Mahkamah Negeri pada 4 Mac. - Foto ST

Bekas pelakon, Edmund Chen, telah diberi kebenaran meninggalkan Singapura sementara menunggu tarikh rayuan terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya berhubung satu kemalangan jalan raya.

Hakim Daerah Shawn Ho telah meluluskan permohonan Chen untuk pergi ke China bagi urusan perniagaan dari 17 hingga 26 Mac, dan ke Jepun untuk perjalanan peribadi, antara 15 April hingga 3 Mei.

Penjamin Chen perlu menyediakan tambahan $10,000 sepanjang tempoh perjalanannya, di samping wang jaminan sedia ada sebanyak $15,000.

Chen atau nama sebenarnya dalam dokumen mahkamah, Tan Kai Yuan, 64 tahun, dijatuhkan hukuman penjara lima hari pada 29 Januari selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan yang menyebabkan kecederaan parah pada seorang penunggang motosikal.

Dia juga tidak dibenarkan memandu selama lima tahun.

Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara walaupun pihak pendakwaan hanya meminta denda antara $3,000 dengan $5,000.

Chen, pada asalnya, diberikan penangguhan untuk menjalani hukuman bermula pada 9 Mac, namun dia mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut pada 2 Februari.

Hukumannya ditangguhkan pada 6 Februari bagi menunggu hasil rayuannya.

Dia juga menukar pasukan peguamnya daripada Encik Josephus Tan dan Encik Cory Wong dari Invictus Law kepada Encik Kelvin Ong dan Encik Dickson Chew dari Contigo Law.

Rakaman video yang ditayangkan di mahkamah pada 29 Januari menunjukkan Chen memandu di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) menuju ke Ekspreswe Central (CTE) sekitar tengah hari pada 4 Mac 2025.

Sebelum berlakunya perlanggaran, Chen memperlahankan kenderaannya sehingga hampir berhenti sepenuhnya di ekspreswe tersebut sebelum menukar lorong secara mendadak.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Stephen Yeo berkata ini kerana Chen tidak berada di lorong yang betul, namun masih cuba memasuki CTE/SLE dengan menekan brek secara tiba-tiba dan menukar lorong melawan garisan chevron (tanda berbentuk V).

Pihak pendakwa berkata Chen gagal memerhatikan keadaan sekitar dengan baik.

Seorang penunggang motosikal yang datang dari belakang melanggar keretanya walaupun cuba mengelak.

Mangsa berusia 21 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan kerana beberapa tulang di pergelangan tangannya patah.

Beliau dimasukkan ke hospital selama dua hari dan diberikan 99 hari cuti hospital, namun tidak mengalami sebarang kecacatan yang kekal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg