Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) akan mendorong kerjasama yang lebih mendalam dan meluas dengan badan-badan Melayu/Islam dan India/Islam, termasuk kumpulan tidak formal, untuk menyatukan aset dan sumber masyarakat serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan program untuk masyarakat.
Ini akan dilakukan pada dua peringkat – di peringkat nasional bagi merancang...





