BAKU: Azerbaijan mengemukakan bantahan rasmi kepada Kedutaan Iran pada 5 Mac selepas dua dron Iran dilaporkan melintasi sempadan dan memasuki wilayah negara itu, mencederakan dua orang berhampiran lapangan terbang di wilayah eksklaf Nakhchivan.
Kementerian Luar Azerbaijan dalam satu kenyataan berkata insiden tersebut mencetuskan kebimbangan serius dan meningkatkan ketegangan di rantau berkenaan. “Serangan terhadap wilayah Azerbaijan ini bercanggah dengan norma dan...





