Azerbaijan bantah pencerobohan dron Iran, dua cedera di lapangan terbang Nakhchivan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Azerbaijan bantah pencerobohan dron Iran, dua cedera di lapangan terbang Nakhchivan

Mar 5, 2026 | 6:53 PM

Azerbaijan bantah pencerobohan dron Iran, dua cedera di lapangan terbang Nakhchivan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sebuah dron meletup di Lapangan Terbang Nakhchivan, Azerbaijan, dalam tangkap layar daripada video media sosial yang dikeluarkan pada 5 Mac 2026. Reuters mengesahkan lokasi kejadian sebagai Nakhchivan, Azerbaijan berdasarkan susun atur tempat letak kereta, bangunan lapangan terbang dan tiang lampu yang sepadan dengan imej fail serta imej satelit kawasan tersebut. Tarikh rakaman video itu turut disahkan oleh Kementerian Luar Azerbaijan, yang memaklumkan letupan dron berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhchivan pada 5 Mac.
Sebuah dron meletup di Lapangan Terbang Nakhchivan, Azerbaijan, dalam tangkap layar daripada video media sosial yang dikeluarkan pada 5 Mac 2026. Reuters mengesahkan lokasi kejadian sebagai Nakhchivan, Azerbaijan berdasarkan susun atur tempat letak kereta, bangunan lapangan terbang dan tiang lampu yang sepadan dengan imej fail serta imej satelit kawasan tersebut. Tarikh rakaman video itu turut disahkan oleh Kementerian Luar Azerbaijan, yang memaklumkan letupan dron berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhchivan pada 5 Mac. - Foto REUTERS

BAKU: Azerbaijan mengemukakan bantahan rasmi kepada Kedutaan Iran pada 5 Mac selepas dua dron Iran dilaporkan melintasi sempadan dan memasuki wilayah negara itu, mencederakan dua orang berhampiran lapangan terbang di wilayah eksklaf Nakhchivan.

Kementerian Luar Azerbaijan dalam satu kenyataan berkata insiden tersebut mencetuskan kebimbangan serius dan meningkatkan ketegangan di rantau berkenaan. “Serangan terhadap wilayah Azerbaijan ini bercanggah dengan norma dan prinsip undang-undang antarabangsa serta menyumbang kepada peningkatan ketegangan di rantau ini,” kata kementerian itu.

Menurut kenyataan tersebut, Azerbaijan menuntut penjelasan segera daripada Teheran mengenai insiden berkenaan. “Kami menuntut Republik Islam Iran menjelaskan perkara ini secepat mungkin, memberikan penjelasan dan mengambil langkah segera yang perlu bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang,” tambah kementerian itu.

Sebagai sebahagian daripada tindakan diplomatik, Duta Iran ke Azerbaijan telah dipanggil ke Kementerian Luar Azerbaijan bagi menerima nota bantahan rasmi.

Pemerintah Azerbaijan turut memberi amaran bahawa mereka berhak mengambil langkah tindak balas yang sewajarnya terhadap Iran.

Menurut pihak berkuasa Azerbaijan, salah satu dron tersebut jatuh di bangunan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhchivan, yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sempadan Iran. Satu lagi dron pula dilaporkan jatuh berhampiran sebuah bangunan sekolah di sebuah kampung berhampiran.

Insiden tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang mengalami kecederaan, menurut laporan pihak berkuasa tempatan.

Sumber yang rapat dengan pemerintah Azerbaijan memberitahu Reuters bahawa kebakaran turut tercetus akibat kejadian tersebut.

Rakaman video yang dikongsi oleh sumber itu menunjukkan asap hitam tebal menjulang berhampiran kawasan lapangan terbang, manakala sebahagian struktur bumbung kaca di dalam bangunan terminal dilaporkan rosak akibat letupan.

Insiden dron itu berlaku ketika konflik yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel terus memuncak di Asia Barat.

Pihak berkuasa Azerbaijan berkata mereka memandang serius pencerobohan tersebut kerana ia melibatkan wilayah negara berdaulat.

Setakat ini, Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden dron yang didakwa melintasi sempadan tersebut.

Namun kejadian itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara jiran tersebut, yang berkongsi sempadan sepanjang lebih 700 kilometer. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg