Anggota kumpulan motosikal Kerengga on Wheels dan Persatuan Muhammadiyah sama-sama menyingsing lengan di Bazar Raya Utara @ Admiralty pada 8 Mac untuk mengagihkan bubur kepada pengunjung bazar itu.
Turut hadir pada acara pengagihan itu ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, dan Presiden Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman.





