Anggota kumpulan motosikal Kerengga on Wheels dan Persatuan Muhammadiyah sama-sama menyingsing lengan di Bazar Raya Utara @ Admiralty pada 8 Mac untuk mengagihkan bubur kepada pengunjung bazar itu.

Turut hadir pada acara pengagihan itu ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, dan Presiden Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen yang telah lama dijalankan kumpulan motosikal untuk menyumbang semula kepada masyarakat, di samping memupuk keakraban dalam kalangan anggota.