Seorang pemilik gerai jus di Pusat Makanan Alexandra Village secara tidak sengaja tersepit tangan kanannya dalam mesin pemerah tebu selama kira-kira dua jam pada 9 Mac sebelum berjaya dibebaskan.
Menjawab pertanyaan media, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan meminta bantuan sekitar 9 malam pada 9 Mac di 120 Bukit Merah Lane 1, alamat pusat penjaja tersebut.





